Program CSR Zara Maju

Pada satu petang, ketika saya mahu pulang daripada pejabat kira-kira pukul 7 petang, saya ada terserempak dengan satu keluarga iaitu seorang pakcik yang bernama Said bersama isterinya (Aini) yang sedang menolak stroller anaknya yang sudah berusia 9 tahun. Saya pun tegur la pakcik Said ni. Pakcik dari mana? Buat apa kat sini? Pakcik Said beritahu bahawa beliau datang dari Mulong dan datang ke sini bertujuan mengutip tin terpakai untuk dijual. Dia datang dari Mulong sampai ke Cherang hanya dengan berjalan kaki sambil menolak stroller anaknya bersama isterinya yang mengalami kesukaran untuk berjalan dan perlu dipimpin. Sungguh sayu hati saya melihatnya. Jadi saya ajak pakcik Said sekeluarga makan. Lepas tu saya sembang-sembang dengan dia, tanya detail tentang keluarga dia.

       

 

Lepas makan, saya bawak dorang beli barang keperluan, barang dapur, baju, kasut dan barang keperluan lain. Then malam tu saya hantar pakcik ni dan keluarga pulang ke rumah dorang di Mulong. Bila melihat rumah dorang, sungguh terperanjat saya melihatnya. Dorang tinggal dalam keadaan rumah yang usang, dhaif dengan hanya beberapa lampu sahaja yang berfungsi. Jika dilihat rumah mereka, penuh dengan pakaian dan berselerak. Jadi saya buat keputusan untuk bantu keluarga pakcik Said ni.

 

               

 

Seminggu kemudian pada 23/03/2019 semua staff di company Zara maju dikerahkan untuk turun ke rumah pakcik Said ni dan beli barang-barang yang diperlukan oleh keluarga pakcik Said. Team kami membawa barang-barang keperluan yang telah disenaraikan ke rumah pakcik tersebut. Pada hari itu juga team kami gotong-royong membersihkan rumah pakcik Said dan keluarga untuk pastikan mereka dapat tinggal dengan lebih selesa.

 

            

 

Jika sesiapa yang bermurah hati ingin memberi sumbangan kepada pakcik Said sekeluarga boleh menghulurkan bantuan melalui akaun bank yang tertera di bawah.

 

No acc: 03102020073747

Mohd Said Bin Mahmood

Bank Islam Malaysia Berhad

 

No acc: 03120020050729

Noor Aini Binti Shafiee

Bank Islam Malaysia Berhad

 

Portfolio Terkini

Projek Portfolio 035

Projek: Riduwan Bin A Rahim
Lokasi: Kadok
Maklumat: 3 Bilik, 2 Bilik Air
Luas Lot: 1012sqft
Keluasan Tanah: N/A
Harga: N/A
Status Progres: 45%
45% Complete

Maklumat Lanjut »

Projek Portfolio 034

Projek: Permai Binti Ab Hamid
Lokasi: Pasir Puteh
Maklumat: 4 Bilik, 3 Bilik Air
Luas Lot: 1429sqft
Keluasan Tanah: N/A
Harga: N/A
Status Progres: 35%
35% Complete

Maklumat Lanjut »

Projek Portfolio 033

Projek: Mohd Zulhairi Bin Ramli
Lokasi: Sri Berang
Maklumat: 3 Bilik, 3 Bilik Air
Luas Lot: 1000sqft
Keluasan Tanah: N/A
Harga: N/A
Status Progres: 55%
55% Complete

Maklumat Lanjut »

Projek Portfolio 032

Projek: Zainuri Bin Mat
Lokasi: Kangkong
Maklumat: 3 Bilik, 2 Bilik Air
Luas Lot: 1486sqft
Keluasan Tanah: N/A
Harga: N/A
Status Progres: 55%
55% Complete

Maklumat Lanjut »