Mengenai Zara Maju

Zara Maju Sdn. Bhd.

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Hari ini saya ingin berkongsi sejarah mengenai syarikat Zara Maju Sdn. Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2012 yang dinaikkan tarafkan kepada Zara Maju Sdn. Bhd, sebelum ini dengan nama syarikat lama iaitu Zaid Ismail Resources. Syarikat Zara Maju Sdn. Bhd dimiliki oleh bumiputera sepenuhnya yang ditubuhkan oleh pengasasnya Encik Zaid bin Ismail.

Syarikat ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan pembinaan dalam membina rumah banglo ditanah sendiri, banglo semi-d, banglo eksklusif, ubahsuaian rumah dan perkhidmatan menjual kekuda besi yang berkualiti. Rekod portfolio kami telah menyiapkan lebih 50 buah rumah dalam tempoh pertubuhan syarikat dengan maju jayanya.

Terdapat beberapa organisasi dalam syarikat ini, diuruskan oleh beberapa staff yang mempunyai pengalaman dan berpendidikan professional dalam bidang-bidang yang berkaitan. Syarikat menggabungkan sistem rekod kerja yang baik serta berpengetahuan dalam keadaan pasaran semasa dan memahami keperluan pelanggan bekerjasama dalam satu pasukan untuk terus menbangunkan syarikat ini ke tahap yang lebih tinggi.

 

Slogan

Catchy house beyond your imaginations”

 

Visi

  • Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang progresif dan maju dalam sektor hartanah dan perumahan yang merangkumi pertumbuhan produk dan perkhidmatan terbaik melalui inovasi, nilai, kualiti dan komitmen kepada pelanggan.

Misi

  • Memastikan pemilikan hartanah dan perumahan mudah dan telus bagi semua peringkat.
  • Menyediakan kemudahan pemilikan aset mampu milik kepada orang awam.
  • Menjadi peneraju industri hartanah yang berdaya saing di Malaysia.

 

Objektif

Bagi mencapai visi dan misi syarikat, Zara Maju Sdn Bhd telah mengenalpasti objektif-objektif berikut:-

  • Memastikan pulangan pendapatan yang berterusan untuk mengukuhkan dan menstabilkan syarikat dalam setiap projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat.
  • Mempromosikan dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat kepada orang awam dengan lebih agresif.
  • Memberi perkhidmatan penilaian, informasi, pengurusan aset dan pembangunan hartanah yang berkualiti secara berterusan.

 

Strategi Zara Maju

Zara Maju mengatur langkah baru untuk lebih berdaya saing. Pada tahun 2020, syarikat Zara Maju akan lebih banyak design yang lebih International. ‘Design-design’ negara luar akan kita bawakan untuk menjadikan Zara Maju sebuah syarikat yang menawarkan rumah yang lain dari yang lain. Zara Maju membina rumah anda dengan bajet dan mengikut ‘design’ serta citarasa anda kerana kepuasan anda adalah matlamat utama syarikat.

Disamping itu, matlamat pembinaan rumah yang kami lakukan adalah untuk menjadikan rumah lebih sejuk dengan pembinaan ala-ala Inggeris yang lebih moden dan menarik. Maka tidak hairanlah kami bukan sahaja membina rumah tetapi juga turut memberikan ‘roh’ kepada rumah tersebut

Diharapkan pada tahun-tahun berikutnya Zara Maju dapat terus memberikan kepuasan kepada semua pelanggan-pelanggan dengan menawarkan rekaan serta ‘design’ yang lebih menarik.