CARA MENGIKAT BATA

Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu antaranya:

1. Simen – simen hendaklah daripada jenis simen Portland biasa.
2. Pasir   – pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang selaput atau kotoran lain.
3. Motar – motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir dan dicampur dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah digunakan mengikut piawai yang ditetapkan.

Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera.

Cara ikat bata dinding:

  1. Mulakan dengan membuat satu lapisan bancuhan simen di atas slab.
  2.  Lapisan pertama adalah dengan menggunakan bata-V (sebaiknya, untuk struktur yang lebih kukuh). Pastikan bata di susun dengan rapat, lurus dan selari dengan dengan permukaan slab. Gunakan alat ‘level’. Gunakan tali.
  3. Pasang paip air / elektrik / besi pada lubang sebelum mortar di tuang di dalam lubang.
  4. Bata dinding di susun satu lapisan demi lapisan. Beberapa lapisan boleh disusun dahulu sebelum bancuhan simen cair di tuang di dalam lubang bata.

Gambar di bawah menunjukkan cara ikatan bata:

Prinsip-prinsip Ikatan Bata:

(i) Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah:

 (a) Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus baik                        dipermukaan mahupun di dalam tembok.

(b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

(ii) Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina.

(iii) Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok.

(iv) Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan
kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah                   dielakkan dalam segala kerja bata.

(v)  Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok  yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah         di bawah. Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat  jika dibandingkan dengan beban yang         ditanggung oleh CD

(vi) Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar  bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata.

(vii) Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan. Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan.

(ix) Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas  digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata :

 

 

Terdapat pelbagai jenis kemasan ikatan yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara jenis kemasan ikatan yang biasa digunakan ialah:

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di:

☎ 013-2866069

Atau direct whatsapp kami di:

https://wa.me/60132866069?zaramajusdnbhd=

 

Sila lawati laman web Zara Maju di www.zaramaju.com

Dan like page kami di Zara Maju Sdn Bhd

 

Atau kunjungi kami di:

Zara Maju Sdn. Bhd. PT 2503, Tingkat 2, Taman Kenangan, Jalan Hospital,

15200 Kota Bharu, Kelantan

Portfolio Terkini

Projek Portfolio 035

Projek: Riduwan Bin A Rahim
Lokasi: Kadok
Maklumat: 3 Bilik, 2 Bilik Air
Luas Lot: 1012sqft
Keluasan Tanah: N/A
Harga: N/A
Status Progres: N/A
% Complete

Maklumat Lanjut »

Projek Portfolio 034

Projek: Permai Binti Ab Hamid
Lokasi: Pasir Puteh
Maklumat: 4 Bilik, 3 Bilik Air
Luas Lot: 1429sqft
Keluasan Tanah: N/A
Harga: N/A
Status Progres: 10%
10% Complete

Maklumat Lanjut »

Projek Portfolio 033

Projek: Mohd Zulhairi Bin Ramli
Lokasi: Sri Berang
Maklumat: 3 Bilik, 3 Bilik Air
Luas Lot: 1000sqft
Keluasan Tanah: N/A
Harga: N/A
Status Progres: 10%
10% Complete

Maklumat Lanjut »

Projek Portfolio 032

Projek: Zainuri Bin Mat
Lokasi: Kangkong
Maklumat: 3 Bilik, 2 Bilik Air
Luas Lot: 1486sqft
Keluasan Tanah: N/A
Harga: N/A
Status Progres: 35%
35% Complete

Maklumat Lanjut »