Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Ramai yang tertanya-tanya tentang apa maksud Bina Rumah Atas Tanah Sendiri?

Maksudnya ialah anda mempunyai tanah anda sendiri dan kami akan membina rumah untuk anda di atas tanah tersebut.

Banyak cara untuk memiliki rumah atas tanah sendiri antaranya adalah:

i) Geran Tanah atas Nama Anda

Jika geran tanah tersebut adalah di atas nama tuan rumah sendiri, jadi tiada masalah sama ada hendak membina rumah secara tunai atau pinjaman bank @ LPPSA.

ii) Geran Tanah atas Nama Pasangan

Jika geran tanah atas nama pasangan anda, tiada masalah untuk membina rumah secara tunai tetapi jika melalui pinjaman bank @ LPPSA, maka ianya memerlukan geran tanah ditukar nama ke atas peminjam pinjaman kerana tanah tersebut perlu dijadikan cagaran pinjaman.

iii) Geran Tanah atas Nama Ibu Bapa

Jika geran atas nama ibu bapa, tiada masalah sama ada hendak membina rumah secara tunai atau melalui pinjaman bank @ LPPSA.

iv) Geran Tanah Kongsi

Jika geran tanah tersebut adalah berkongsi nama pemilikan melebihi seorang, tiada masalah untuk membina rumah secara tunai, akan tetapi jika melalui pinjaman bank @ LPPSA, maka geran tanah kongsi tersebut perlu dipecahkan lot dan dijadikan sebagai geran individu. Penukaran geran kongsi kepada geran individu perlu melalui proses yang rumit dan perlu mendapatkan persetujuan dan tandatangan semua orang yang namanya terdapat dalam geran tersebut.

v) Geran Tanah Bukan atas Nama Anda

Jika anda membeli tanah tersebut dan geran tanah bukan atas nama anda, maka geran tanah tersebut perlu ditukar kepada nama anda untuk membuat proses pinjaman bank dan juga pinjaman LPPSA. Dan kami akan uruskan dari awal proses sehingga akhir.